Aturan Tabung Pendidikan

1.Nama

  1. Aturan–aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Tabung Pendidikan Koperasi Shamelin Berhad.
  2. Aturan-aturan ini diwujudkan di bawah undang-undang kecil 46(2)(x) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Koperasi ini.
 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Anggota :

Telefon
Faks
+ 03 9285 2155
+ 03 9285 5606

 

2.Tafsiran

Dalam Aturan-aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain :

  1. 'Akta' maknanya Akta Koperasi 1993 dan pindaan-pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;
  2. 'Anggota' termasuklah seseorang yang turut sama dalam permohonan pendaftaran Koperasi ini dan seseorang yang diterima menjadi anggota mengikut Peraturan dan Undang-undang Kecil ini selepas pendaftaran sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta;
  3. 'Tabung' ertinya Tabung Pendidikan iaitu satu tabung yang dibentuk untuk pemberian wang sagu hati atau sumbangan kepada anggota-anggota atau anak-anak anggota yang layak;
  4. 'aturan' maknanya Aturan-aturan Tabung Pendidikan Koperasi;
  5. 'Koperasi' maknanya Koperasi Shamelin Berhad;
  6. 'Lembaga' maknanya Lembaga Koperasi Shamelin Berhad;
  7. 'Peraturan' maknanya Peraturan-peraturan Koperasi yang dibuat di bawah Akta dan pindaan-pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;
  8. 'Sipenerima 'maknanya anggota yang menerima wang sagu hati atau sumbangan dari Tabung ini;
  9. 'Pengarah Eksekutif' maknanya Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia; dan
  10. 'Undang-undang Kecil' maknanya Undang-undang Kecil Koperasi Shamelin Berhad dan termasuklah sesuatu pindaan berdaftar kepada Undang-undang Kecil ini.

Perkataan-perkataan yang bererti tunggal atau jamak, masing-masing hendaklah meliputi tunggal dan jamak, dan perkataan yang bererti jenis laki-laki hendaklah meliputi jenis perempuan.

3.Tujuan

Tujuan Tabung ini ialah untuk memberi hadiah dan sumbangan kepada anggota-anggota atau anak-anak anggota yang layak.

4.Jenis-Jenis

  1. Hadiah cemerlang akademik dalam peperiksaan :
    1. Pentaksiran Tingkatan 3 ("PT3");
    2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
    3. Sijil Menengah Agama (SMA)
    4. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
    5. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan
    6. Matrikulasi; dan
    7. Program Asasi

  2. Sumbangan insentif pelajaran kepada anggota-anggota atau anak-anak anggota yang berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat institusi-institusi pengajian tinggi awam ("IPTA") di dalam atau institusi-institusi pengajian tinggi di luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan sahaja.

5.Jumlah Pemberian

Hadiah Cemerlang Akademik PT3
SPM dan SMA
STPM dan STAM
MATRIKULASI
Program Asasi
RM100.00
RM200.00
RM300.00
RM300.00
RM300.00
Sumbangan Insentif Pelajaran Diploma
Sarjana Muda
Sarjana
RM300.00
RM500.00
RM500.00

 

6.Kelayakan

  1. PT3 : Sekurang-kurangnya mendapat pangkat A dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.
  2. SPM dan SMA : Sekurang-kurangnya mendapat pangkat A atau Mumtaz dalam mana-mana enam (6) mata pelajaran.
  3. STPM dan STAM : Mendapat sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Keseluruhan ("PNGK") 3.0 dan ke atas.
  4. Matrikulasi : Mendapat PNGK 3.0 dan ke atas.
  5. Program Asasi : Mendapat PNGK 3.0 dan ke atas.
  6. Sumbangan : Sumbangan insentif pelajaran ini hanya akan dikeluarkan kepada anggota-anggota atau anak-anak anggota yang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana di IPTA sahaja dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

7.Syarat-Syarat Permohonan

  1. Semua permohonan hendaklah dibuat melalui surat yang dimajukan kepada Jawatankuasa Pentadbiran & Keanggotaan yang disertakan bersama surat pengesahan dan sokongan daripada Pengerusi Kawasan atau Jawatankuasa Kawasan.
    1. Tarikh tutup permohonan bagi Hadiah Cemerlang Akademik dalam peperiksaan PT3, SPM, SMA, STPM dan STAM dikira dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh keputusan itu diumum atau dikeluarkan.
    2. Tarikh tutup permohonan bagi Hadiah Cemerlang Akademik dalam peperiksaan Matrikulasi dan Program Asasi dikira dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh keputusan itu diterima.
    3. Tarikh tutup permohonan bagi Sumbangan Insentif Pelajaran dikira dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh surat tawaran diterima, bukannya dari tarikh pendaftaran masuk ke IPTA dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sahaja.
  2. Sekiranya ibu dan bapa serta anak menjadi anggota dan layak memohon bagi mendapatkan Hadiah Cemerlang Akademik atau Sumbangan Insentif Pelajaran, hanya salah seorang dari mereka sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan tersebut.
  3. Permohonan bagi mendapatkan Sumbangan Insentif Pelajaran ini dibuka kepada semua anak-anak anggota anggota yang masih dibawah tanggungan anggota iaitu di bawah umur tiga puluh (30) tahun dan belum berkahwin.

8.Perlaksanaan

  1. Kesemua permohonan yang disahkan termasuk surat sokongan daripada Pengerusi Kawasan atau Jawatankuasa Kawasan hendaklah dihantar terus kepada Jawatankuasa Pentadbiran & Keanggotaan untuk diluluskan dan seterusnya disahkan oleh Lembaga.
  2. Sumbangan Tabung ini akan dibayar terus kepada penerima-penerima setelah mendapat kelulusan.

9.Pindaan Kepada Aturan-aturan

  1. Aturan-aturan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Undang-undang Kecil Koperasi dan Akta serta Peraturan-peraturan.
  2. Lembaga Koperasi ini, dengan persetujuan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi ini bolehlah meminda peruntukan dalam aturan ini apabila difikirkan mustahak untuk memudahkan perjalanan dan pengurusan Tabung ini.