Tabung Kebajikan

1. Nama

Aturan–aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Tabung Kebajikan Koperasi Shamelin Berhad.Aturan-aturan ini diwujudkan di bawah undang-undang kecil 46(2)(x) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi ini.  Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi 

Bahagian Hal Ehwal Anggota :

Telefon
+ 03 9285 2155

Faks
+ 03 9285 5606
  1. Aturan–aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Tabung Kebajikan Koperasi Shamelin Berhad.
  2. Aturan-aturan ini diwujudkan di bawah undang-undang kecil 46(2)(x) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi ini.

2. Tafsiran

Dalam Aturan-aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain :

  • (a) ‘Akta’ maknanya Akta Koperasi 1993 dan pindaan-pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;
  • (b) ‘Anggota’ termasuklah seseorang yang turut sama dalam permohonan pendaftaran Koperasi ini dan seseorang yang diterima menjadi anggota mengikut Peraturan dan Undang-undang Kecil ini selepas pendaftaran sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta;
  • (c) ‘Aturan’ maknanya Aturan-aturan Tabung Kebajikan Koperasi Shamelin Berhad;
  • (d) ‘Koperasi’ maknanya Koperasi Shamelin Berhad;
  • (e) ‘Lembaga’ maknanya Lembaga Koperasi Shamelin Berhad;
  • (f) ‘Peraturan’ maknanya Peraturan-peraturan Koperasi yang dibuat
    di bawah Akta dan pindaan-pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;
  • (g) ‘Pengerusi Eksekutif’ maknanya Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia;
  • (h) ‘Sipenerima’ maknanya anggota yang menerima wang sagu hati atau sumbangan dari Tabung ini;
  • (i) ‘Tabung’ ertinya Tabung Kebajikan Koperasi Shamelin Berhad iaitu satu tabung yang dibentuk untuk memberi manfaat kepada anggota apabila ditimpa musibah seperti bencana alam, menghidap penyakit kronik dan menjalankan aktiviti-aktiviti amal jariah kepada badan-badan kebajikan bukan kerajaan yang berdaftar; dan
  • (j) ‘Undang-undang Kecil’ maknanya Undang-undang Kecil Koperasi Shamelin Berhad dan termasuklah sesuatu pindaan berdaftar kepada Undang-undang Kecil ini.

Perkataan-perkataan yang bererti tunggal atau jamak, masing-masing hendaklah meliputi tunggal dan jamak, dan perkataan yang bererti jenis laki-laki hendaklah meliputi jenis perempuan.

3. Tujuan

Tujuan Tabung ini ialah untuk memberi sumbangan kepada anggota-anggota yang ditimpa musibah atau penyakit kronik bagi meringankan bebanan yang ditanggung dan bukannya ganti rugi ke atas kehilangan harta benda atau penyakit yang dialami dan sebagainya serta sumbangan ikhlas sebagai program amal jariah Koperasi.

4. Jenis-Jenis Sumbangan

(1) Bencana Alam

  1. Banjir (dalam istilah kesemua kategori) dimana kawasan persekitaran, tempat kediaman ditenggelami air dan perlu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.
  2. Gempa bumi dimana kawasan persekitaran tempat kediaman tidak boleh diduduki dan boleh mengancam keselamatan.
  3. Kebakaran atau ribut yang mengakibatkan tempat kediaman mengalami kerosakan yang teruk.

(2) Penyakit-penyakit kronik seperti sakit buah pinggang atau penyakit yang memerlukan rawatan berpanjangan dan memerlukan kos perubatan yang tinggi.

(3) Sumbangan kepada badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan seperti rumah anak-anak yatim dan lain-lain sebagai program amal jariah Koperasi Shamelin Berhad.

5. Jumlah Pemberian

KETERANGANSUMBANGAN
1. Bencana AlamRM 100.00
2. Penyakit KronikRM 100.00
3. Program Amal JariahRM 100.00

6. Kelayakan

  1. Semua anggota Koperasi ini yang telah genap setahun keanggotaannya adalah layak memohon.
  2. Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan yang berdaftar dan diiktiraf oleh Kerajaan.
  3. Seseorang anggota Koperasi ini boleh mengemukakan permohonan sebanyak satu (1) kali dalam tempoh satu (1) tahun apabila berlaku sesuatu musibah / bencana alam.
  4. Sumbangan ini hanya diberikan kepada anggota sahaja dan tidak termasuk tanggungan anggota yang mengalami penyakit-penyakit kronik seperti sakit buah pinggang atau penyakit yang memerlukan rawatan berpanjangan dan memerlukan kos perubatan yang tinggi.
  5. Apabila berlaku musibah / bencana alam, hanya seorang anggota sahaja dalam isi rumah yang layak memohon, alamat kediaman / kejadian anggota yang memohon mestilah sama dengan alamat yang didaftarkan dalam rekod keanggotaan.
  6. Anggota yang mempunyai syer RM500.00 dan ke atas sahaja layak untuk memohon.
  7. Pembayaran tertakluk pada kedudukan kewangan SHAMELIN dan baki Kumpulan Tabung Kebajikan.

7. Syarat-Syarat Permohonan

Sekiranya berlaku musibah / bencana alam, anggota hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis dan dialamatkan kepada Jawatankuasa Pentadbiran & Keanggotaan Koperasi ini berserta dokumen-dokumen berikut :

A) Bencana Alam

  1. Surat permohonan;
  2. Salinan kad pengenalan;
  3. Salinan laporan polis;
  4. Surat sokongan dan pengesahan dari Pengerusi Kawasan atau Jawatankuasa Kawasan, Penghulu / Ketua Kampung atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung; dan
  5. Gambar kejadian

Semua permohonan di bawah kategori ini hendaklah dikemukakan dalam tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh kejadian berlaku dan selepas tempoh tersebut permohonan tidak akan dipertimbangkan.

B) Penyakit Kronik

  1. Surat permohonan;
  2. Salinan kad pengenalan; dan
  3. Salinan laporan doktor (Pegawai Perubatan)

C) Program Amal Jariah

Surat permohonan dari Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan berserta dokumen-dokumen sokongan yang disahkan.

8. Pelaksanaan

  1. Kesemua permohonan yang disahkan termasuk surat sokongan daripada Pengerusi Kawasan atau Jawatankuasa Kawasan hendaklah dihantar terus kepada Jawatankuasa Pentadbiran & Keanggotaan untuk diluluskan dan seterusnya disahkan oleh Lembaga.
  2. Sumbangan Tabung ini akan dibayar terus kepada penerima-penerima setelah mendapat kelulusan.

9. Pindaan Kepada Aturan-Aturan

  1. Aturan-aturan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Undang-undang Kecil Koperasi dan Akta serta Peraturan-peraturan.
  2. Lembaga Koperasi ini, dengan persetujuan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi ini bolehlah meminda peruntukan dalam aturan ini apabila difikirkan mustahak untuk memudahkan perjalanan dan pengurusan Tabung ini.


Hal Ehwal Anggota
Borang Permohonan Menjadi Anggota
Borang Kemaskini Maklumat Anggota
Borang Penambahan Wang Syer
Borang Permohonan Tabung Pendidikan
Borang Permohonan Berhenti Menjadi Anggota
Borang Tuntutan Pengeluaran Wang Syer Anggota Meninggal Dunia