Tabung Simpanan Khas

1. NAMA

(1) Aturan–aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Simpanan Khas Koperasi Shamelin Berhad.

(2) Aturan-aturan ini diwujudkan di bawah undang-undang kecil 46(2)(x) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi ini.

2. TAFSIRAN

Dalam Aturan-aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain :

(a) ‘Akta’ maknanya Akta Koperasi 1993 dan pindaan-pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;

(b) ‘Anggota’ termasuklah seseorang yang turut sama dalam permohonan pendaftaran Koperasi ini dan seseorang yang diterima menjadi anggota mengikut Peraturan dan Undang-undang Kecil ini selepas pendaftaran sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta;

(c) ‘Aturan’ maknanya aturan-aturan Simpanan Khas Koperasi;

(d) ‘Dividen’ maknanya bahagian keuntungan Koperasi Shamelin Berhad yang dibahagikan di kalangan anggota-anggota mengikut kadar modal syer yang dipegang oleh mereka;

(e) ‘Koperasi’ maknanya Koperasi Shamelin Berhad;

(f) ‘Lembaga’ maknanya Lembaga Koperasi Shamelin Berhad;

(g) ‘Peraturan’ maknanya Peraturan-peraturan Koperasi yang dibuat di bawah Akta dan pindaan-pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;

(h) ‘Pengerusi Eksekutif’ maknanya Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia; dan

(i) ‘Undang-undang Kecil’ maknanya Undang-undang Kecil Koperasi Shamelin Berhad dan termasuklah sesuatu pindaan berdaftar kepada Undang-undang Kecil ini.

Perkataan-perkataan yang bererti tunggal atau jamak, masing-masing hendaklah meliputi tunggal dan jamak, dan perkataan yang bererti jenis laki-laki hendaklah meliputi jenis perempuan.

3. TUJUAN

3.1 Tujuan Simpanan Khas ini ialah untuk mengkreditkan dividen yang dibayar atas modal syer kepunyaan anggota yang tidak meminta dibayar kepadanya secara tunai dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh dividen itu diisytiharkan.

3.2 Simpanan Khas ini hendaklah didepositkan ke simpanan tetap di mana-mana bank di Malaysia tetapi tidak boleh digunakan bagi menjalankan lain-lain aktiviti pelaburan atau perniagaan.

4. PENYELESAIAN WANG ANGGOTA

4.1 Seseorang anggota yang terhenti daripada menjadi anggota Koperasi ini berhak baginya menerima balik wang yang ada dalam akaun simpanan khasnya menurut peruntukan fasal (1) uuk 24.

5. PENGELUARAN

(1) Anggota boleh mengeluarkan semua dividen yang dimasukkan ke dalam akaun simpanan khas ini pada bila-bila masa. Anggota hendaklah memberi empat belas (14) hari notis kepada koperasi ini untuk mengeluarkan wang dari simpanan khas ini.

(2) Walau bagaimanapun Lembaga dengan budi bicaranya boleh menerima notis yang lebih singkat.

6. PINDAAN KEPADA ATURAN-ATURAN

(1) Aturan-aturan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Undang-undang Kecil Koperasi dan Akta serta Peraturan-peraturan.

(2) Lembaga Koperasi ini, dengan persetujuan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi ini bolehlah meminda peruntukan dalam Aturan ini apabila difikirkan mustahak untuk memudahkan perjalanan dan pengurusan Simpanan Khas ini.



Hal Ehwal Anggota
Borang Permohonan Menjadi Anggota
Borang Kemaskini Maklumat Anggota
Borang Penambahan Wang Syer
Borang Permohonan Tabung Pendidikan
Borang Permohonan Berhenti Menjadi Anggota
Borang Tuntutan Pengeluaran Wang Syer Anggota Meninggal Dunia