Tabung Khairat Kematian

1. Nama
(1) Aturan–aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Skim Khairat Kematian Koperasi Shamelin Berhad.
(2) Aturan-aturan ini diwujudkan di bawah undang-undang kecil 46(2)(x) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi ini.
2. Tafsiran
Dalam Aturan-aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain :
- (a) ‘Akta’ maknanya Akta Koperasi 1993 dan pindaan-pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;
- (b) ‘Anggota’ termasuklah seseorang yang turut sama dalam permohonan pendaftaran Koperasi ini dan seseorang yang diterima menjadi anggota mengikut Peraturan dan Undang-undang Kecil ini selepas pendaftaran sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta;
- (c) ‘Aturan’ maknanya Aturan-aturan Skim Khairat Kematian Koperasi Shamelin Berhad;
- (d) ‘Koperasi’ maknanya Koperasi Shamelin Berhad;
- (e) ‘Lembaga’ maknanya Lembaga Koperasi Shamelin Berhad;
- (f) ‘Peraturan’ maknanya Peraturan-peraturan Koperasi yang dibuat di bawah Akta dan pindaan-pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;
- (g) ‘Pengerusi Eksekutif’ maknanya Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia;
- (h) ‘Sipenerima’ maknanya waris anggota yang menerima manfaat apabila berlakunya kematian ke atas anggota;
- (i) ‘Skim’ ertinya Skim Khairat Kematian Koperasi Shamelin Berhad iaitu satu skim yang dibentuk untuk memberi perlindungan dengan memberi manfaat kepada waris anggota apabila berlakunya kematian ke atas anggota itu sendiri; dan
- (j) ‘Undang-undang Kecil’ maknanya Undang-undang Kecil Koperasi Shamelin Berhad dan termasuklah sesuatu pindaan berdaftar kepada Undang-undang Kecil ini.
Perkataan-perkataan yang bererti tunggal atau jamak, masing-masing hendaklah meliputi tunggal dan jamak, dan perkataan yang bererti jenis laki-laki hendaklah meliputi jenis perempuan.
3. Tujuan
Tujuan Skim ini ialah untuk memberi manfaat kepada waris anggota apabila berlakunya kematian ke atas anggota itu sendiri.
4. Jenis
Skim Khairat Kematian Koperasi Shamelin Berhad.
5. Manfaat dan Caruman
| Syer | Manfaat | Caruman |
|---|---|---|
| Kategori 1 Anggota syer kurang dari RM100.00 hingga RM499.99 | RM 200.00 | RM 10.00 |
| Kategori 2 Anggota syer dari RM500.00 dan ke atas | RM 400.00 | RM 20.00 |
6. Syarat dan Kelayakan
- Semua anggota yang layak menerima dividen adalah wajib menyertai skim ini.
- Caruman dibayar melalui potongan dividen.
- Bagi anggota yang syer kurang dari RM100.00 hingga RM499.99 dengan caruman sebanyak RM10.00 setahun, manfaat sebanyak RM200.00 akan disediakan kepada waris apabila berlakunya kematian ke atas diri anggota itu.
- Bagi anggota yang syer RM500.00 dan ke atas dengan caruman sebanyak RM20.00 setahun, manfaat sebanyak RM400.00 akan disediakan kepada waris apabila berlakunya kematian ke atas diri anggota itu.
- Sekiranya ibu atau bapa di bawah tanggungan/jagaan anggota meninggal dunia, tiada manfaat disediakan kepada anggota.
- Pembayaran tertakluk kepada perolehan dividen tahunan dan baki Kumpulan Tabung Khairat Kematian.
- Salinan kad pengenalan penama / waris yang membuat tuntutan;
- Salinan sijil perakuan kematian; dan
- Salinan permit menguburkan.
- Aturan-aturan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Undang-undang Kecil Koperasi dan Akta serta Peraturan-peraturan.
- Lembaga Koperasi ini, dengan persetujuan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi ini bolehlah meminda peruntukan dalam aturan ini apabila difikirkan mustahak untuk memudahkan perjalanan dan pengurusan Skim ini.
7. Tuntutan
Sekiranya berlaku kematian, anggota atau waris atau penama hendaklah memaklumkan kepada Koperasi bagi menguruskan permohonan tuntutan dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan untuk diproses :
Semua tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh kematian itu berlaku dan selepas tempoh tersebut tiada tuntutan boleh dibuat.
